Showing posts with label negara. Show all posts
Showing posts with label negara. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Puncak bukit Lojing sudah hancur

Kerajaan Ne­geri Kelantan diminta lebih bertegas dalam menangani isu penerokaan tanah yang tidak terkawal bagi tujuan pertanian di lebih 200 buah kebun sayur di tanah tinggi Lojing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, hampir ke­seluruhan kawasan tanah pertanian yang diberi kelulusan oleh kerajaan negeri Kelantan tidak mengikut peraturan alam sekitar yang sewajarnya.
Menurutnya, selepas ini tidak mustahil kawasan Lojing akan berlaku bencana tanah runtuh jika terdapat individu yang tidak bertanggungjawab terus dibiarkan menghancurkan alam sekitar.
“Saya telah membuat tinjauan dan boleh dikatakan puncak bukit utama di Lojing dan Ca­meron Highlands memang sudah hancur. Ini merupakan suatu penganiayaan kepada alam sekitar dan penduduk Malaysia amnya.

Pelakon Syarul Ridzwan terselamat dalam kemalangan

Pelakon yang po­pular menerusi drama Romi Cinta Julia, Syarul Ridzwan, berdepan detik cemas apabila kereta jenis Honda Civic yang dipandunya terbabas dan terbalik ketika dalam perjalanan dari Linggi, Negeri Sembilan menuju ke Kuala Lumpur petang semalam.


Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang di Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan itu, Syarul atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 25, bagaimanapun tidak me­ngalami sebarang kecederaan.
“Kepada wartawan dan kawan-kawan, maaf saya tidak mengangkat telefon kerana sibuk menguruskan hal kemalangan ini. Saya okey, tiada kecederaan langsung, tidak pengsan atau luka-luka. Alhamdulillah, saya tiada apa-apa.
“Saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi selepas habis penggambaran Street Vendetta dan kemalangan itu berlaku di Jalan Sungai Ujong, Seremban kerana jalan licin selepas hujan. Kereta yang saya pandu hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan dan berpusing dua kali sebelum terbalik,” tulisnya di laman sosial Instagram.

Featured

ujitemp © 2014 - Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com | Published By Gooyaabi Templates