Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Puncak bukit Lojing sudah hancur

Kerajaan Ne­geri Kelantan diminta lebih bertegas dalam menangani isu penerokaan tanah yang tidak terkawal bagi tujuan pertanian di lebih 200 buah kebun sayur di tanah tinggi Lojing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, hampir ke­seluruhan kawasan tanah pertanian yang diberi kelulusan oleh kerajaan negeri Kelantan tidak mengikut peraturan alam sekitar yang sewajarnya.
Menurutnya, selepas ini tidak mustahil kawasan Lojing akan berlaku bencana tanah runtuh jika terdapat individu yang tidak bertanggungjawab terus dibiarkan menghancurkan alam sekitar.
“Saya telah membuat tinjauan dan boleh dikatakan puncak bukit utama di Lojing dan Ca­meron Highlands memang sudah hancur. Ini merupakan suatu penganiayaan kepada alam sekitar dan penduduk Malaysia amnya.

Featured

ujitemp © 2014 - Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com | Published By Gooyaabi Templates